Wei...Semalam Ai Masuk Dalam Cite Bollywood, Yu

Pagi semalam ade majlis aspirasi untuk budak2 Sekolah Malaysia Glasgow (SMG) + majlis akikah. Dekat je dengan rumah. Dan aku salah sorang cikgu kat situ kene lah prepared persembahan budak-budak. Menyanyi 'lagu tiga kupang' + pentomin 'Si tanggang'.

Mase menyanyi tu ok lah. Not bad sebab diorang pon hanya berlatih 2 3 hari je + sekejap2 je. Tapi time "si tanggang' tu...memang tunggang langgang. Nak salahkan siape? Adekah nak salahkan cikgu-cikgu atau nak salahkan tajuk cite tu yang membuatkan semuanye 'tunggang' langgang?...cikgu kat tepi ni malu je tapi kire ok lah. Usaha dalam masa yang amat singkat.

Tak dinafikan juga, ade yang sporting...ade yang tak. So far, sume take part. Semua take part? Ape ke hal?...Sebenarnye, bukan semua yang ambik bahagian pon (rasenye lah..sebab aku baru ngajar 2 kali) sebab, kadang-kadang belatih hari ni..orang lain datang, berlatih lain hari...orang lain pulak yang datang. So, tak boleh nak aspect siapa yang akan datang kecuali yang selalu datang (terutama latihan yang terakhir) dah di pesan untuk datang. Bagus jugak lah budak-budak ni...

Bagi aku...kalau dah duduk luar negeri, ade anak kecik, kalau ade sekolah khas untuk ajar bahasa melayu dan pendidikan islam...sile hantar. Walaupun pada hari minggu, 2 jam saja...sebenarnya bagus untuk budak-budak. Tak lah terkial-kial bila balik Malaysia nanti. Kesian kat diaorang. Nanti rase belaja bahasa ibunda sendiri lagi susah dari belaja bahasa inggeris. Serious...sangat-sangat dinasihatkan hantar anak-anak.

Dah....tutup pasal SMG. Sekarang aku nak cerita pasal semalam aku berada di dunia bollywood.

Lepas aku habis majlis SMG semalam, ade sorang minah pakistan ni called suh jage anak dia semalam. Dia called pon sebab kenal aku dari sorang akak ni yang keje dekat wholesale store laki dia. Akak tu ade keje, passed lah kat aku suh jage.

Nak dijadikan cerita + memandangkan aku pon tak de keje semalam, aku pon setuju lah nak pergi jaga anak dia. Tengok-tengokkan je pon. Bukan buat ape. Aku tak tahu lagi diorang nak bayar berapa sebab sabtu ni aku kene jaga lagi. Akak tu cakap (mengikut pengalaman dia) dalam sehari dari kul 5-10 malam, diorang bagi 30++ pound. So, ok lah. Makan siap diorang bagi. Siap berambik berhantar depan rumah lagi.

Mula-mula aku ingat kena duk rumah dia je, tapi rupa-rupanya kene ikut sekali pegi pre-wedding tu. Kalau melayu, malam majlis berinai lah. Aku lak dengan pakai biase-biase je tapi tak kesah sangat pon. Baby sitter je kan...hoho

Mula-mula sampai tu, pergh....bapak besar umah diorang ni. Rumah pompuan yang nak aku jage anak dia pon bapak besar macam istana, apetah lagi rumah bakal pengantin yang aku pergi ni. Belakng rumah dia boleh muat 1 khemah untuk jamuan tu yang aku rase boleh memuatkan 100-150 orang + stage (untuk pelamin) + tempat makan.

Aku tengok lah diorang ni datang dengan melaram habis macam dalam cite hindustan bile kawen tu. Gila comey lah diorang ni punye baju (tak semua lah...yang rupe tong dram pon ade). Terus ada hati aku nak balik Malaysia nnt nak beli kain buat baju pengantin. Ade yang aku berkenan...

Diorang ni muslin sume walau tak pakai tudung. Siap ada bagi sejadah kalau nak sembahyang. Bagus lah tu. Cume rumah diorang macam mat saleh lah, masuk pakai kasut. Tapi anak beranak diorang, memang kaye nak mampus...dengan kasut gucci, DKNY, LV biase je tu..buat-buat masuk tandas je.

Budak yang aku jage ni 1 tahun lebih. Pompuan. Nama Hana...Dia ni bukan menangis sangat tapi jenis ramah kot. Tak suke dukung. Suka-suka je berjalan tengah majlis. Semua orang dia tegur. Mak dia pulak suh ikut je dia mana nak pergi. Tak payah pegang sangat. Aku ni pon ikut lah tengah-tengah majlis. Malu gile sebab sume muka hindustan tetibe datang aku muke cine. Sape tak tengok. Siap tengah majlis aku round.

Serious mmg macam cite hindustan lah...dengan menari bagai. Cube bayangkan, dalam mase tak sampai 2 jam tu, diorang (keluarga terdekat lah) kene tukar baju. 2x gak tukar baju. Tu baru pre-wedding...kalau wedding betul aku tak tahu lah mcm mane.

Hari sabtu ni aku cite lagi sebab aku kene jage lagi. Kali ni aku dah dibagitau siap-siap yang aku kene ikut pergi wedding hall. First time beb aku pergi geng-geng pakistan vs india ni kawen. Tu yang duk fikir-fikir perlu tak aku pakai baju sari macam ni.hehe....



Teringin jugak aku nak pakai sari macam ni tapi aku ni gemok pendek...mesti tak sesuai. Macam tong drum lah rupenye nanti.



Ni budak yang aku jaga...sial lah.mase aku pakai baju ni, aku nampak macam orang mengandung. Sumpah lepas ni aku kene pakai cardigan untuk mengelakkan ia nampak kembang kat tepi. Tapi aku suke baju ni. Kain dia best. Baju budak tu ade manik-manik tajam, habis rosak baju aku. Tersangkut masa dukung budak ni...

You're Getting Old, Man!!!

Sebelum ni aku agak sibuk dengan pelbagai aktiviti sehingga tiada masa untuk membuat entry untuk orang yang pernah aku sayang dan masih sayang juga sekarang ni (ayat mcm keling daaa..).

Aku tahu lah, aku tak patut keluar masa birthday dia tapi apa nak buat TRANSFOMERS membuatkan aku terpaksa memilih antara dua...last-last aku pilih tengok movie sebab:

1. Memang aku nak tengok sangat cite tu...memang best nak mati lah. Empat setengah bintang aku kasi.

2. Ada kawan pakcik aku tumpang rumah dan memandangkan dia pon tak kesah nak ikut aku join tengok wayang dengan kawan-kawan yang lain. Lagi pon kalo aku tak tengok wayang, sah-sah aku kene jalan lagi untuk bawak dia round sekitar Glasgow. Letih lah. Dah jauh jalan. At least bile tengok wayang...kaki tak gerak.

3. Aku dah wish awal-awal untuk birthday dia...cume aku berkira-kira nak beli hadiah memandangkan aku tengah sengkek sekarang ni. Tunggu lepas aku dapat keje dulu (niat nak beli dah ade...cume tak tahu birthday tahun bile=p)

Tu je kot sebab-sebab kenapa aku missed untuk nyanyi lagu birthday dia...tapi jangan risau. Aku dah panggil Beyonce nyanyikan untuk dia.

Tengok ni...




Harap dia suke.
Sebelum terlupa. Ucapan saya untuk dia...

Cyg,
"HAPPY BIRTHDAY!!!
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, belajar rajin-rajin. Saya sayang kamu=)

Terus Tak Cun

Dalam banyak-banyak orang yang aku kenal, adalah dua tiga orang yang aku tahu dia suke kentut. Macam.....erm..tak leh cakap lah. Nanti dia marah aku=p

Ala...jangan lah malu-malu nak cakap sebab aku rase sume orang kentut. Even robotsapein yang bapak aku gile-gile nak dan terus beli buat balik Malaysia pon, programmed untuk ade bunyi kentut. Gile best...nasib ade bunyi tapi tak de bau. Kalo tak aku dah bagi makan tangan kalo dia kentut dekat aku.

Mase aku baru balik dari universiti tadi, tengah jalan-jalan nak balik rumah lepas turun bas, aku tengok ade sorang mamat ni blh tahan ensem-muke macam pelakon holiwud sane tuh. Dengan pakaian aku rase memang macho habis lah. Terus aku jatuh hati jap. Baru aku nak senyum dekat dia. Lagipun dia jalan sorang. Tapi aku aspect dia tak nampak aku lah. Tak kesah lah kan. Janji aku dah boleh cuci mate hari ni...

Tengah-tengah aku jalan sambil pandang dia, tetibe aku ade dengar bunyi pelik (keadaan memang tak bising)...macam...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pruuuuttttttttttt!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
terus aku tak senyum dan buat-buat tak nampak sebab dia pandang sekeliling nak memastikan ade orang dengar tak kentut dia yang maha kuat sampai aku yang seberang jalan ni dengar. Terus aku rase dia tak cun...ceis!!

Aku Jarang Off Sebab Tu Dia Mogok Jadi Lembap Sekarang Ni...

Sekarang ni memang zaman teknologi dihujung jari, bangun pagi-pagi aku wajib ngadap laptop dulu. Tak payah gosok gigi, buka laptop lagi penting. dari gosok gigi. Rutin harian. Kalo boleh sebelum buka mata, laptop terpasang sendiri dah. Otometik ikut pembukaan kelopak mate. Tu kalau aku off laptop lah, tapi lagi best kalau tak off, bangun je tido...terus boleh hadap. Dah jimat mase nak tunggu laptop buka, boleh gosok gigi dulu.



***tak bermakna aku malas gosok gigi pagi-pagi=p

Cikgu

Bangun pagi pukul 7 sudah jadi kebiasaan kerana pukul 6 am semacam pukul 10 am. Tapi, aku kena bangun awal untuk prepared some of the stuff untuk bawak pegi SMG (Sekolah Malaysia Glasgow) pukul 10 am nanti.


Aku, as a new teacher (kelas pertama)…sudah siap sediakan soalan exam untuk diorang hari ni. Kelas yang aku mengajar hanya tahap satu dan bahasa melayu. Ingatkan sediakan soalan untuk budak-budak bawah umur 8 tahun adalah senang, tapi susah rupanye. Lagi susah sediakan soalan untuk budak-budak degree (aku rasa). Nak kena fikirkan soalan paling senang dan perkataan paling mudah untuk diorang paham dan mampu bace…bukan senang.


Mula lah aku fikir, macam mane cikgu-cikgi di luar sane melayan semua kerenah anak-anak murid yang sebegitu. Lagi-lagi cikgu yang mengajar sekolah rendah. Isk…jenuh jugak nak melayan.


Tak penah diorang senyap tanpa tak panggil aku...sume duk,


”cikgu....cikgu...macam mane nak buat ni; cikgu...tak pandai buat; cikgu...tak pandai bace; cikgu...tak paham etc”


Aku nak naik hangin jugak tadi, tapi aku fikir, budak-budak lagi...nnt anak aku macam mane lah. Mungkin lebih kurang same je dengan diorang. Tak payah cakap anak, aku dulu pon mesti macam ni jugak. Jenuh jugak lah aku melayan mereka.


Ada di antara mereka aku kena buat dot dot suruh ikut untuk tulis jawapan. Dah jadi bukan exam tapi latihan menulis je kot. Tu belum campur ade di antara mereka yang tak pandai bace serta boleh bace tapi bunyi pelik sebab baca macam english. Belum lagi yang speaking dengan aku kuar scottish...aish!! Dugaan...dugaan...


Seronok jugak sebenarnya...tapi aku still fikir lagi pasal cikgu-cikgu di luar sane. Tahan ea diorang dengan kerenah budak-budak kecik ni. Aku mungkin sebab tak minat mengajar, sebab tu aku rasa susah tapi alhamdulillah aku boleh handle lagi tadi.


Lepas 2 jam aku mengajar, aku tengok air dalam botol aku dah habis kene paw. Terpaksa tahan tekak sampai rumah. Dahaga siot...minggu depan kene bawak bekas besar ckit=p



Now, I can breathe steadily enough dengan tengok movie sebelum start buat tutorial untuk english class selasa ni.=p

Bile Dah Lame Tak Menulis, Nak Letak Tajuk Pon Tak Tahu...

Salam sekalian umat yang rajin mengunjungi blog aku yang satu ini.


1. Saya sihat je...walau lame tak update. Sedikit bz ngan aktiviti meronda2 tanah Scotland

2. Mak abah dah balik...dah selamat sampai mesia pon. Alhamdulillah..!!

3. Aktiviti ketiduran berlaku dgn jayanye...ialah, dah dekat 10 hr aku tido kat sofa dapur. Sakit badan. Pastu tido kejap je sbb kul 5 dah silau. Matahari naik ikut tingkap dapur. Susah gile nak tido. Tapi smlm tak tido kat sofa lagi. Disebabkan dah blh tido atas katil, kul 6 ptg dah start tido, sampai kul 1 pagi...pastu bangun jemur kain sblm sambung tido lagi sampai kul 9 pagi.

4. Segala aktiviti meronda ditanggung halal...hehehe. Tak payah susah2 kuar duet. Beli barang pon tumpang2 suh mak bayarkan.hehe

5. Kalo sape yang berminat dengan landscape...blh dtg Scotland. Cantik gile vavi. Serious tak tipu.

6. Sepanjang perjalanan meronda selama seminggu, aku dapati Isle of Skye dan St. Andrews paling lawa dan tak puas round habis lagi. Berniat nak pg lagi. Lebih2 lagi dekat Isle of Skye ni...paling minimun kene stay kat sini pon 2 malam..tu pon blm tentu habis cover 1 pulau lagi...Sunset kat Isle of Skye ni...perghhh, terbaik!!! St. Andrews lak tepi laut, ade tinggalan bangunan historical yang gile menarik. Best2 tapi sejuk yang amat...


Salah satu gambar sunset di Isle of Skye. Mase ni lebih kurang pukul 9 malam...


Ni pon kat Kyleakin, Isle of Skye...cantik gile. Tepi laut je...rasenye depan Ocean Pacific (kalo tak silap lah)


7. Rumah aku dah tahap macam stor. Kalo aku nak bukak carboot sales depan umah, boleh sangat. Penuh dengan pinggan mangkuk periuk belanga mak aku, barang2 kawan yang tumpang letak sbb nak balik mesia...pendek kate, sume bende lah ade kat umah aku ni. Tapi barang mak nak kene pack untuk tumpang kontena akak yang nak balik mesia bulan 7-8 ni.

8. Rase sunyi pulak tak de orang ni. Duk umah je lah setakat ni. Borang keje belom isi lagi...isk!!

9. Hujung bulan ni ramai pulak yang nak singgah umah aku. Kalo nak cari duet, aku buat umah konsep B&B (bed & breakfast) je lah. 15 pound sehari..hahaha...

10. Aku dah malas nk update, tak tahu nak tulis ape. Padahal banyak je nak cite...
St. Andrews

Haaa...yang ni best. Murah2. Hujung bulan ni nak bawak kawan pak cik aku g memborong sini...


Tantallon Castle, Edinburgh...

***Ade banyak lagi...tapi dah malas nak upload...lapar!!! nnt update lagi k=)